Sebelum sang suria kembali berjuang untuk menggembirakan penghuni semesta...
izinkan aku sang marhaen mencoret buat pertama kalinya.....
setelah medan tempat ku meluah telah dilupus haknya
kini aku kembali meluah setiap kisah setiap jeda yang pernah ku lihat dari bebola pinjaman yang kuasa...
aku juga manusia...ciptaanku hanya dari tanah hitam....
Ada ketika jiwa merasa kosong,walhal
sebenarnya di sekeliling kita punya teman yang menemani.Pada seketika
waktu,manusia juga perlu bersendirian,tetapi dalam bersendirian kita
pula tidak mampu untuk menghadapi.Persoalannya mengapa ia
berlaku.Jawapannya kita memerlukan teman untuk menghadapi hari-hari
yang penuh dgn kekecewaan.Tetapi apa yang kita tidak sedari ada di
kalangan teman yg ada pada kita merasa diri mereka tidak dihargai kerana
oleh kerana faktor suasana yang kita hadapi.Walhal kita manusia biasa
telah melakukan yg terbaik utk membahagikan keadilan yg sama rata.Ada
pula yang mengatakan dalam susah, barulah teman dicari walhal ini adalah
lumrah tetapi ada yg tidak nampk kesenangan,keseronokan dan
kegembiraan telah sama-sama
dilalui.
Fikirkanlah sejenak,kita
manusia biasa memerlukan pendengar yang setia.Percayalah,seseorg teman
yang punya masalah peribadi ataupun lain-lain hanya memerlukan
pendengar yang setia bagi meluahkan apa yang ada dalam hati.Bukan saja
masalah,tetapi kegembiraan dan kesenangan.Siapa lagi kalau bukan teman
yang bernama pendengar yang setia.Setianya seorang teman adalah
keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa pembalasan.

No comments:
Post a Comment